Masih sibuk lagi dengan projek smocking bulan Mei. bertungkus lumus nak siapkan sebab nak jahit sendiri punya pulak. Order dari customer dah banyak masuk untuk tempahan raya. Anyway hari ni birthday my hubby. Ingat nak masak asam pedas bunga kantan fav. dish hubby. This time i nak buat style Johor asam pedas. Apa bezanya? asam pedas resepi my mum ni letak halba bila time menumis. Wangi je baunya. Sape2 yang berkenan nak try resepi yang teramat mudah ni well here it goes:
Asam Pedas Johor
Bahan2 utk di kisar
Bawang merah
Bawang Putih
Cili Kering
Belacan
Kunyit hidup (1")
Bahan2 untuk ditumis
1/2 " Halia dimayang
secubit Halba
Lain2:
Air perahan asam jawa
bunga kantan yg telah dimayang
daun limau purut
ikan yg telah dibersihkan dan diperap dengan kunyit.
Semangkuk air lada
Bendi/terung
Mula2 tumiskan bahan2 yg dimayang kemudian masukkan bahan2 yg dikisar tadi dan tumis sekali hingga naik bau. Selepas itu masukkan ikan, air asam jawa serta bunga kantan dan daun limau purut dan juga air lada. Apabila telah mendidih masukkan terung/bendi dan masak lagi hingga terbit minyak. Masukkan garam n serbuk perisa (jika suka) secukup rasa. Hidang.
Selamat Mencuba!
For my hubby, Happy Birthday ! Mudah2an dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. i luv U always!