MY wonderful followers..

Saturday 9 April 2011

pagi yang 'gelap'...

Hello everybody..wah tengok tajuk je cam suspen kan ..pagi yang 'gelap'..


                            Alhamdulillah  syukur pada Allah kerana i masih bernafas lagi di muka bumi ini. Seperti biasa pagi2 lagi da bangun. Sama seperti ibu2 yg lain sudah tentu bangun  pagi jer da start sibuk. As usual my routine to wake Balqis up for her school session . Anak dara tu kalau i x kejut lagi sedap dia tido. Kalau abangnye dulu masa kat rumah kalau liat sangat nak bangun pagi i akan spray air kat muke dia baru kelam kabut nk g mandi. Seperti biasa i bangun pagi the first thing i'll  do is to open all my windows. Ntah la dah terbiasa buat camtu. Org tua2 kata mudah 'rezeki' nk masuk. Yang best tu Toh Puan Seri Hasmah pun ada cakap macam tu tau. Org lama kn.. Tengah dok busy kat dapur i dengar anak i cakap air xdak. Alamak! xda air ke arini? i pun bukak paip dapur haa mmg btullah air yg keluar tersangatlah 'halusnye'.  Nasib baik rumah ada tangki so guna air tangki lah nak mandi. But in the mean time i terus tadah air yg keluar 'halus' tadi dlm kolah mandi. At least dapat penuh separuh pun xapa.  Sebenarnya jarang taman perumahan i ni xda air. Kalau ada pun berlaku sekejap2 aje. Harap2 dlm pukul 11 nanti adalah balik air tu. Susah juga bila bekalan air terputus di tempat kite kan. Time nilah dok terpikir alangkah bestnyer kalau rumah ada telaga atau perigi yg xputus2 airnya. Serta-merta teringat pada mak saudara hubby. Rumah dia ada perigi dalam rumah. So kalau berlaku insiden2 macam ni senanglah sebab ada alternatif lain. Last time pernah jugak kat tempat de terputus bekalan air yg agak lama. Jiran2 yg tinggal dekat rumah dia datang rumah mak saudara ni sebab nak guna air perigi dia. Sekali2 tolong menolong pe salahnya. i kalau pergi sana mesti nak jenguk perigi dia yg lokasinye di dalam rumah kat bahagian dapur. Tapi xleh tengok lama2 sebab i ni 'gayat' hehehe.      
                               Lepas hantar anak sekolah i lari ke bandar Jasin jap. Nak cari benang jahitan i. Alhamdulillah balik saja ke rumah air sudah ada semula. Risau gak kalau xda air sampai petang.  So habislah kisah xda air tadi.. (tu pasal lah pagi yg 'gelap'. Pagi2 lagi dah xda air kat rumah.)


                         Ada sorang kawan i pernah tanya ape i buat seharian di rumah?  Alamak macam tricky question pulak.  Nak bagi jawapan kena berhati2 takut tersalah jawab.  Tapi at last i cakap kat de macam dia  jugaklah as a housewife  tugas2 harian kenalah buat xkan nak duduk goyang kaki n makan tidur makan tidur je kan...tapi walaupun sibuk dengan housework yg memang xpernah habis tu i tetap 'curi' masa dan seboleh2 tetapkan masa untuk hobi2 i yang i suka sangat tu iaitu menjahit smocking dan crafting n all those stuffs.


MiNaT YaNg TaK PeRnAh HiLanG...


                         Sejak ada blog ni  i rasa tambah seronok sebab dapat menulis semula. Memang sejak sekolah lagi i dah minat menulis. Maybe sebab i minat membaca jadi minat menulis tu terus berjalan seiring. Macam lagu Kak Pah tu 'seiring dan sejalan'.   Actually rugi besar kalau kita xminat membaca. Mall of knowledge tu beb ! (Dasyat x dasyat perkataan yg i guna ni hehehe). Alhamdulillah  nampaknya anak i Balqis memang ikut jejak i suka membaca. She started reading fluently when she was 4 years old. Mungkin at that time i masukkan de ke smart reader kindergarten so satu benefit jugaklah sebab cepat dia tahu membaca as well as mengira.  Kushairi ada kurang sikit minat membaca. Kalau i x 'cakap' dia x buat. Tapi tu at one time masa dia sekolah rendah. Alhamdulillah bila da masuk menengah ni ada nampak perubahan sikit dlm diri dia. Everytime balik dari asrama dia akan bercerita lah dengan i tentang buku2 yang dia baca kat library. Ada sekali tu dia tunjukkan  cerita pendek yg dia tulis waktu senggang. Walaupun x siap lagi tapi...' ok lah tu'. i pun terus beri  dia galakan supaya teruskan minat dia tu. 


Novel pertamaku
                        Masa di tingkatan empat (SMDB) dulu  subjek yg i paling minat sekali ialah sastera selain dari Bahasa Melayu lah.  Sanggup tukar aliran dpd sains ke sastera sebab nak belajar sastera. i cukup suka bila ada competition menulis karangan kat majalah sekolah. Mesti masuk punye. Yang best tu my essay selalu cikgu B.M jadikan bahan contoh dalam setiap kelas Bahasa termasuklah di kelas budak2 sains. Boringg? hihihi nak buat camne kn...
Selain dari mengarang essay i minat menulis cerpen, sajak. Ingat lagi my first short story yang bertajuk 'Dajal' telah keluar dalam majalah Remaja tahun1987. Masa tu memang tgh seronok sangat tulis cerpen. Happy sangat bila tgok hasil tulisan kita keluar dlm majalah. Dapat pulak cek pertama dari penerbit majalah kalau xsilap Rm60. Jadilah...kan..budak sekolah dapat RM60 masa tu mcm da loaded sgt. My dad tahu minat i and i remember it was my birthday when he came home and asked me to see what's inside his car.  Bila i tengok rupa2nya ada sebuah portable typewriter brand olympia. It was the happiest moment of my life. i think that's how he expressed his support for me. So sejak ada bendalah tu  makin seronoklah nak meneruskan minat menulis.
Tapi ..tulahkan selepas berumahtangga minat menulis macam 'terberhenti' seketika. i cuma sempat tulis satu novel jer. Tu kira pencapaian paling tinggi i dlm bidang ni. Alhamdulillah arwah my dad sempat baca novel sulung i tu. Perasaan i masa tu?  Of courselah happy yg xterhingga sebab dapat tulis novel. Bukan senang nak tulis novel tau hehehe.. Sekarang ni kalau ada ruang lagi insyaAllah  nak sangat buat novel lagi.  Semangat tu masih ada lagi cuma tunggu waktu dan ketika je nak start balik.   Hemm...   




*Azida*