Assalamualaikum semua,
Sedar x sedar sudah hampir seminggu (lagi 2 hari) cuti sekolah berlalu. Dan bila i dah betul2 sedar rupe2 nye agak lama juga i x buat entry baru selepas projek May i yg lepas. Ada jugak follower yg inbox i tanya: ' mem, ape cer sekarang ni?' hehe...Terima kasihlah pada yang prihatin dan singgah kat blog i ni. At least i tau yang i taklah membebel sorang2 kat sini (sigh).
Apa yang i buat sepanjang minggu ni dah tentu lah sibuk dengan my projek raya. Alhamdulillah kain2 customer semuanye dah siap dipotong dan dah siap pleated untuk dijahit smocking. Sebenarnya i memang x sabar nak menjahit sementelah jari tangan ni gatal jer bila tengok bakul smocking i tu (huhu).. Ingatkan nak start smock hari pertama cuti sekolah lagi malangnyer i kena 'migrain/headache' yg teramat sangat selama 3 hari so, tergendalalah segala schedule yang i dah projek dalam kepala ni hemm... Anyway, sekarang i dah boleh concentrate dengan my needleworks semula yeah!
Sekarang ni i tengah siapkan tempahan my customer dari Seri Kembangan, Selangor. I smock pattern bargello sebab i rasa sesuai sangat dengan fabriknye yang bercorak bunga kecil2.
'my idilfitri project' |
Design dressnya my customer requested 'Babes in the wood' adaptation dari AS&E magazine. Memang cute design tu. InsyaAllah i akan jahit design tu bila dah siap smockingnye.
Kepada all my customer, jangan risau projek ni berjalan lancar n still in progress insyaAllah akan siap sepenuhnya sebelum Idilfitri menjelang. Maklumlah, jahitan baju smocking ni bukan macam baju kurung. Sulaman tangan memang mengambil masa sedikit. Jadi, sabar yerr..
Sekian dulu buat kali ini, selamat berholiday bersama famili anda!! Daa..